Akibat SPM….

SPM lagi tinggal 6 bulan, exam pertengahan tahun just around the corner.Sebenarnya, aku dah buang banyak masa dari awal tahun untuk layan drama, movies Korea, crush, online twitter, facebook tapi bagi aku berblogging takde la buang masa sangat sebab dapat la jugak duit hasil dari advertising, aku serius..tapi bukan dari blog ni lah sebab ni blog personal, memang tak harap duit or orang baca sebab tu jarang update, haha.

OK then, mulai sekarang, saya Ahmad bin Mohd Rozlan, berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM supaya dapat Straight A seperti noona saya.Mulai sekarang, saya akan pergi tuisyen dan belajar rajin-rajin dan saya minta maaf kepada crush saya dan kawan beliau, Sorry I’m a bad boy. Geurae charari tteona jal gayo you’re a good girl.Dan kepada semua orang yang saya pernah kacau or kutuk.

Dan akibat SPM, semua blog saya akan mengalami perubahan update, iaitu jarang update, sebab tiada mood nak update, mungkin saya sudah insaf dari ngeri-ngeri stuff ni kot, haha.Tapi jangan lupa, lawan tetapi lawan!

Btw, sekarang saya ketagih Running Man, memang kena curi masa untuk tengok dan download.Nasib baik saya pakai UniFi, laju dowh, bak kata Bunkface.Haha.Ahmad, Fighting! Doakan saya ye..

#School isn’t fun at all and the stupid rules are too strict. The only way to escape yourself from discipline teacher is by being a fully lifeless nerd. How stupid is that? Thank god, this is my last year in high school and i just can’t wait to get out from this place. I’m now starting to be busy with studies and books are officially my best friends from now. – Miyyo Azman

Lesen Lesen Lesen

Awal Februari tu dah pergi ambik ujian lesen berkomputer lepas ambik kelas 6 jam.Sudah suratan takdir, aku boleh fail pulak, dapat 35/50 markah.Kalau nak lulus, kena 42/50, close enough.So, kena ambik balik, dekat sekolah aku, ramai dah ada lesen, dah ada motor, siap dah ada kereta, tapi yang pasti bukan kereta mayat.Haha.

Kalau ada motor senang, boleh pergi mana-mana, walaupun aku takda motor sekarang, tapi my mom says kalau aku ada motor 70% dia akan beli motor baru.Woha! Ahmad nak motor yang macam dalam filem Tron tu ye Umi.Haha.Sebenarnya, tak kisah pun motor jenis apa, janji ada motor kan?

Jadi, mengikut pengiraan aku, lepas habis ujian Intervensi 1 27 haribulan ni baru nak ambik ujian berkomputer lagi sekali, dah la kena bayar RM 20.

Umi: Ahmad, mu sorang je yang fail ujian berkomputer, abang mu suma lulus tau..
Aku: okayface.jpg

Rasa cam pelik pulak gaya penulisan aku kali ni, aku saja try gaya penulisan baru, nak cari identiti sendiri la katakan.Haha.Oh, nanti aku jadi budak rempit, so tulisan ni cam rempit jugak kot.Haha

#Still, I don’t hate you. If I come to hate you, there’s not a single one I like in this world, If I keep thinking about that, it really hurts.So, I’m not going to hate you.